1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

nafas berbau ???




geli mendengar tajuk post ini ?? 
tapi, pada hakikatnya ramai yang tidak menyedari masalah nafas ini ada pada mereka. 
mulut digunakan untuk berkomunikasi hampir pada setiap masa. 
pernah mengalami situasi di mana apabila orang sedang bercakap dengan anda, kemudian apabila anda membuka mulut mereka seakan terkesima dan terpana ? 
jika pernah, buka mata anda seluas-luasnya dan buka minda anda untuk menerima pendedahan ini.
entry kali ini, kami akan mengupas serba sedikit tentang 

punca-punca berlakunya masalah nafas berbau..



1)  bakteria 




Bakteria antara punca utama bau nafas. Menurut pakar pergigian, bakteria mulut, anaerobic, punca utama masalah.
Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan. :)
Walaupun cepat membiak, bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Jadi, ia sering bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas, VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.

2) mulut kering

Air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun, pengeluaran air liur yang berkurangan ketika tidur, menyebabkan mulut kering dan nafas berbau setiap pagi. Bagaimanapun, jika mulut kering pada waktu siang, ia petanda ada penyakit atau kesan sampingan kandungan dadah di dalam ubat anda.


3) titisan ubat hidung


Lendir mudah terbentuk kesan penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung. Lendir ini terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik rongga bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengurang atau mengatasi masalah nafas berbau.


4) diet



Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur meningkat. Jika berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan bau nafas.


5)  pengeluaran hormon


Biasanya wanita akan menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ini bukan sahaja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik.


6) jenis makanan 


Makan jangan sebarang makan kerana sesetengah jenis makanan menyebabkan nafas berbau. Antaranya, makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.


hmm,jika melihat punca-punca di atas ini,pastinya anda akan merasa sedikit gentar kan..??
tapi,anda jangan risau,setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..
tarrraaa!! :D


tips mengatasi masalah nafas berbau..~




1 ) gunakan alat khas untuk mencuci lidah terutama bahagian bawah lidah bagi membersihkan sisa makanan dan cecair yang terkumpul dan membantu pembiakan bakteria anaerobik.


2 )  anda boleh menggunakan belakang camca plastik untuk membersihkan lidah.




 3 ) Di Barat, pakar pergigian giat berkempen untuk menggalakkan masyarakat menjadikan amalan menggosok lidah sama seperti menggosok gigi.




4 ) Lakukan sesuatu yang boleh menggalakkan pengaliran air liur juga boleh mengatasi masalah ini. Misalnya, mengunyah buah-buahan rangup seperti epal dapat ‘menggosok’ lidah atau minum air kosong untuk membersih sisa makanan dan mengusir bakteria anaerobik.


5 ) Anda juga boleh berkumur dengan cecair khas pencuci mulut yang mengandungi klorin dioksida kerana ia berkesan membunuh/mengawal pembiakan bakteria. Akan tetapi, pastikan gigi dan lidah anda dicuci bersih sebelum berkumur dengan cecair ini.


6 ) Jika masalah ini masih tidak boleh diatasi, dapatkan rawatan pakar. Doktor akan memastikan tahap masalah anda dan menentukan jenis rawatan sesuai. Seandainya anda ragu-ragu membeli ubat atau bahan pencuci mulut, rujuk pakar atau pembantu farmasi.


Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Usah rosakkan hubungan sosial anda kerana bau nafas... :)
Selamat mencuba!!




kerjaya pilihan 2

anda berada di ambang SPM ????
anda masih tidak tahu hala tuju anda selepas SPM ??
apakah cita-cita anda ??? 
entri kali ni akan mendedahkan tentang kerjaya dlam bidang pergigian 



kerjaya ini menawarkan pelbagai cabaran di sektor awam dan swasta. doktor pergigian bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada orang ramai.

sekiranya berminat, anda dipelawa untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian/ setaraf di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

syarat kemasukan ke universiti tempatan :

syarat kelayakan masuk hendaklah dirujuk kepada Buku Panduan Kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awsam, program pengajian lepasan STPM/ setaraf, yang dikeluarkanoleh bahagian pengurusan kemasukan pelajar IPT, jabatan pendidikan tinggi, kementerian pendidikan malaysia.

kelulusan selepas tamat pengajian :

ijazah sarjana muda pembedahan pembedahan pergigian/ setaraf

jangka masa pengajian :

5 tahun

tempat pengajian :

universiti tempatan
1) fakulti pergigian, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
2) fakulti pergigian, universiti kebangsaan malaysia, Kuala Lumpur

bagaimana menghadapi TEKANAN ????

tekanan ialah gangguan yang dihadapi oleh seseorang tersebut yang kadangkala boleh menyebabkan masalah yang berlaku akibat daripada tekanan tersebut.
macam mana tekanan nie boleh wujud tiba-tiba je kat dalam diri ???? 
kami ada jawapannya. 

punca tekanan : 
1) stress akan kehidupan sendiri 
pernah kah anda rasakan bahawa hidup anda selalu dihiasi dengan perkara yang langsung tidak membanggakan anda ? anda merasakan anda cukup malang kerana terpaksa hidup di dalam hidup tersebut. perkara ini semestinya boleh mendatangkan tekanan ! 
2)kecelaruan identiti
perkara ini cukup sinonim dengan remaja yang baru sahaja hendak melangkah ke alam ini dan sedang sibuk mengenalpasti identiti dan kebolehan diri sendiri.
3) konflik luaran
sering bergaduh dengan rakan, sering dimarahi guru, dipinggirkan sepanjang masa dan merasakan diri tidak berguna. 

tekanan ada kesan positif dan juga negatif .

kesan negatif : 
1) sukar untuk tidur
2)kehilangan selera makan

kesan positif : 
1) mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi
2) menggerakkan pelajar untuk lebih berfungsi   

baiklah.. ini yang kami kira anda tunggu-tunggu dari awal entri ini bermula. 
bagaimana sebenarnya menghadapi tekanan yang sangat suka menyibuk ni ???

1) jangan menyalahkan diri sendiri atau berasa bersalah terehadap apa yang anda lakukan
2) meluangkan masa untuk diri sendiri
3) jangan terlalu mengharapkan orang lain
4) mempunyai matlamat hidup yang realistik
5) menerima diri seadanya
6) meluahkan masalah diri kepada rakan sebaya yang boleh dipercayai

jadi, anda boleh lihat sendiri bahawa tekanan ini tidaklah hanya mendatangkan kesan yang buruk sahaja kepada individu tersebut namun pada hakikatnya individu sering gagal menghadapi perkara ini dengan sewajarnya.
jadi, kami amat berharap dengan entri kali ni dapat membantu rakan-rakan untuk terus mengenali potensi diri sendiri bagi memajikan diri. :D

bagaimana bercakap dengan fasih di hadapan umum ???





pemidato atau pembahas sekolah mungkin juga mengeluarkan ayat ini apabila membaca tajuk entry kali ni. 
" bercakap je pun, bukan berperang, buat apa nak takut ??? "
mungkin saja.. kami tak cakap pun betul-betul.
mungkin perkara ini adalah satu perkara yang mudah bagi 2 golongan di atas.
tapi, bagaimana dengan orang-orang lain ?? 
yang menggigul seperti kesejukan ketika berdiri di hadapan umum ??
bagaimana dengan yang sangat berat mulutnya untuk dibuka walaupun bercakap dengan kawan sebelah ??
di sini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk bercakap di hadapan ramai.

1) jika anda seorang yang rabun dan memakai kaca mata, satu kelebihan bagi anda. ketika bercakap di hadapan ramai, buka kaca mata anda agar anda tidak dapat melihat mata-mata yang sedang fokus pada anda. takdelah nanti anda gelabah ketika bercakap.

2) yakin pada diri sendiri ! itu yang paling penting. set pada minda anda, jika pendapat anda tidak boleh diluahkan, apa guna otak anda bekerja keras untuk melahirkan pendapat tersebut ?? buat penat perah saja !!

3) buka minda anda dan cuba fikirkan. anda sudah mula belajar bercakap sejak kecil lagi. sekarang, anda sudah cukup matang, dan beregelar remaja. tapi, anda tak mahu mempraktikkan perkara tersebut dengan orang luar. apa guna belajar dari kecil tu ??? penat kan belajar cakap pelat-pelat. tergeliat lidah !! 

4) apabila sebelum anda mula bercakap di hadapan ramai, keluarkan segala hormon adrenalin yang ada ( maksudnya takut ) kerana apabila anda takut atau nervous sebelum berkata-kata di hadapan ramai, anda akan fikirkan pelbagai perkara buruk yang akan menimpa ketika bercakap nanti, oke ! cara untuk selesaikan masalah ini, bila da lambakkan segala kemungkinan tu dalam otak anda, fikirkan pula apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan perkara tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

5) brain storming !! gunakan kebijaksanaan anda ! gunakan akal yang telah dianugerahkan dengan sebaik mungkin. keluarkan segala isi-isi yang bersesuaian dengan tajuk, dan jangan lupa tambah sedikit jenaka untuk mengurangkan rasa gementar anda.

oke ! setakat ini itu sahaja yang kami mampu berikan. semoga memberi perubahan yang baik bagi anda.
selamat mencuba !

study group berkesan.




mungkin anda pernah merasakan, 
" NGANTUK NYAA belajar sorang2 nih ! "
dan akhirnya, lepas 20 minit bertarung dengan kelopak mata. 
anda pun mencium meja belajar dengan penuh kasih sayang. 
haaa.. mesti pernah rasa kan kan kan ??? 
bagaimana hendak mengatasi ???
anda tahu jawapannya.
study group ! 
selalu sangat orang kata, 
 "study group tu mane berkesan, boraaak je."
salah tu SALAH ! 
sebenarnya cara anda yang salah. bukan study group tu yang salah.
jadi, kami UBK integombguideyou, membuat entry ni yang berkaitan dengan study group..
untuk membuka minda anda, kami senaraikan kelebihan study group yang anda kadangkala tidak sedar.
1) menjimatkan masa ( kalau tak faham boleh terus tanya, tak perlu tenung buku sampai tembus)
2) mernjadikan otak lebih kreatif dan aktif 
3) memudahkan kita mengingati pelajaran terutamanya yang susah
4) membantu pelajar menyediakan nota secara berkesan dan tepat

ni baru sikit, kalau letak semua takut tak cukup post ! 
oke.. mungkin ada yang mengatakan yang study group selalu tidak berkesan. 
mahu tahu kenapa ? 
kami ada jawapannya. 

1) ketua kumpulan kurang berkemampuan 
2) anggota diskusi tidak bersedia dengan topik yang akan dibentangkan. keadaan ini akan menimbulkan situasi kaku dan membosankan bagi anggota yang lain.
3) anggota diskusi tak dapat memberi interaksi dan penglibatan dan sepatutnya . hal ini akan menyebabkan study group ini seolah-olah dihadiri oleh seorang dua saja.


jadi bagaimana dengan study group yang berjaya ????
ini jawapannya :

1) dikendalikan oleh seorang yang berkemampuan
2) disertai oleh seorang dua yang bijak atau kreatif
3) menepati masa yang ditetapkan
4) memperbanyakkan soal jawab dalam perbincangan
5) setiap ahli membaca dahulu topik yang akan dibincangkan
6) menggunakan gambar rajah, flip chart dan papan hitam jika perlu 
7) diselangi dengan aktiviti sampingan seperti berehat, bergurau, mendengar muzik, makan dan sebagainya

jadi, kami berharap study group anda selepas ini berjaya dan memberi manfaat kepada setiap ahli kumpulan.
semoga berjaya ! 

KERJAYA PILIHAN


PEREKA AUTOMOTIF 

Mungkinkah suatu hari nanti akan wujud kereta berbentuk serangga atau beruang comel dan hanya dipandu menggunakan daya fikiran tanpa perlu memegang stereng? Bunyinya seakan mustahil tetapi dengan adanya pereka automotif yang menggabungkan kepakaran seni dan sains, impian itu mampu diterjemahkan menjadi realiti. 
 
Pereka Automotif ini merupakan orang yang bertanggungjawab melukis dan mengilhamkan ciptaan model kenderaan melalui gambaran 3D. Profesion ini melibatkan pembangunan keadaan luaran dan sehingga kepada argonomik kenderaan bermotor.
Pereka automotif biasanya adalah mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang seni dan ijazah dalam rekaan industri atau rekaan pengangkutan.
 
TUGASAN UTAMA
  •  berbincang tentang konsep kenderaan yang akan dihasilkan dengan kakitangan yang lain.
  • mempersembahkan lukisan tangan model kereta
  • menghasilkan lukisan dalam warna.
  • menghasilkan lukisan 3D.
  • membuat model sebenar kereta berskala kecil
PERONALITI SESUAI
Seorang pereka automotif mesti mempunyai minat dan mencintai bidang ini.Mereka mesti mempunyai daya visual yang kreatif dan mampu melukis dengan baik. Memandangkan ini satu bidang yang kompetitif, seseorang itu seharusnya mampu bekerja dalam tekanan dan menghadapi kritikan. Kesabaran ialah satu sifat yang penting kerana satu-satu rekaan akan menagmbil masa yang lama untuk direalisasikan. 
KELAYAKAN AKADEMIK 
Ijazah dalam rekaan automotif adalah langkah pertama dalam industri ini. Namun, ada juga yang mendapatkan ijazah dalam bidang kejuruteraan automotif dahulu sebelum mengambil jurusan rekaan. 
ANGGARAN PENDAPATAN
  • Graduan : RM1900-RM2500
  • Pengalaman >5 tahun : RM3000-RM4000
  • Pengalaman >10 : > RM6000
  


 
 

cara menangani stress




stress adalah sesuatu perkara yang sudah menjadi darah daging kepada para pelajar khususnya bagi calon peperiksaan besar. perkara ini sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar, serta konsentrasi mereka untuk fokus secara konsisten terhadap peperiksaan yang bakal dihadapi. justeru, kami integombguideyou berbesar hati mengeluarkan entri tentang cara pengurusan stress dgn 2 cara :

URUTAN LEHER DAN BAHU 
cara ini boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. belajar cara mengurut dengan betul. anda boleh dapatkan bantuan orang lain untuk melakukannya. langkah-langkah ini adalah untuk orang yang mengurut. jadi, anda yang stress boleh lah bersantai sambil diurut ! :D


  • minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menenangkan. berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahu nya. (tanggalkan cermin mata jika ada)
  • ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. ulang 3 kali. 
  • gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan. ulang 3 kali
  • urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar
  • letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk. dengan perlahan putarkan lepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri
  • gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. ulang 3 kali
letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan

LATIHAN PERNAFASAN : 

  • berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi
  • pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan
  • tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung. terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas
  • ulangilangkah-langkah di atas sebanyak 5 kali sehingga anda merasa tenang dan relaks 
  • akhirnya buka mata anda perlahan-lahan.

selamat mencuba ! ingatlah, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan di dalam dunia ini. kadangkala masalah-masalah inilah yang megajar kita erti kehidupan sebenar dan mematangkan kita. kita takkan tahu bagaimana rasanya ditimpa sesuatu melainkan kita sendiri berada di dalam situasi tersebut.