geli mendengar tajuk post ini ??
tapi, pada hakikatnya ramai yang tidak menyedari masalah nafas ini ada pada mereka.
mulut digunakan untuk berkomunikasi hampir pada setiap masa.
pernah mengalami situasi di mana apabila orang sedang bercakap dengan anda, kemudian apabila anda membuka mulut mereka seakan terkesima dan terpana ?
jika pernah, buka mata anda seluas-luasnya dan buka minda anda untuk menerima pendedahan ini.
entry kali ini, kami akan mengupas serba sedikit tentang
punca-punca berlakunya masalah nafas berbau..
punca-punca berlakunya masalah nafas berbau..
1) bakteria
Bakteria antara punca utama bau nafas. Menurut pakar pergigian, bakteria mulut, anaerobic, punca utama masalah.
Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan. :)
Walaupun cepat membiak, bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Jadi, ia sering bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas, VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.
2) mulut kering
3) titisan ubat hidung
Lendir mudah terbentuk kesan penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung. Lendir ini terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik rongga bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengurang atau mengatasi masalah nafas berbau.
4) diet
Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur meningkat. Jika berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan bau nafas.
5) pengeluaran hormon
Biasanya wanita akan menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ini bukan sahaja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik.
6) jenis makanan
Makan jangan sebarang makan kerana sesetengah jenis makanan menyebabkan nafas berbau. Antaranya, makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.
hmm,jika melihat punca-punca di atas ini,pastinya anda akan merasa sedikit gentar kan..??
tapi,anda jangan risau,setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..
tarrraaa!! :D
tips mengatasi masalah nafas berbau..~
1 ) gunakan alat khas untuk mencuci lidah terutama bahagian bawah lidah bagi membersihkan sisa makanan dan cecair yang terkumpul dan membantu pembiakan bakteria anaerobik.
2 ) anda boleh menggunakan belakang camca plastik untuk membersihkan lidah.
3 ) Di Barat, pakar pergigian giat berkempen untuk menggalakkan masyarakat menjadikan amalan menggosok lidah sama seperti menggosok gigi.
4 ) Lakukan sesuatu yang boleh menggalakkan pengaliran air liur juga boleh mengatasi masalah ini. Misalnya, mengunyah buah-buahan rangup seperti epal dapat ‘menggosok’ lidah atau minum air kosong untuk membersih sisa makanan dan mengusir bakteria anaerobik.
5 ) Anda juga boleh berkumur dengan cecair khas pencuci mulut yang mengandungi klorin dioksida kerana ia berkesan membunuh/mengawal pembiakan bakteria. Akan tetapi, pastikan gigi dan lidah anda dicuci bersih sebelum berkumur dengan cecair ini.
6 ) Jika masalah ini masih tidak boleh diatasi, dapatkan rawatan pakar. Doktor akan memastikan tahap masalah anda dan menentukan jenis rawatan sesuai. Seandainya anda ragu-ragu membeli ubat atau bahan pencuci mulut, rujuk pakar atau pembantu farmasi.
Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Usah rosakkan hubungan sosial anda kerana bau nafas... :)
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment