Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak terletak di Sungai Pusu Gombak, beberapa kilometer sahaja dari Universiti Islam Malaysia. Dalam kalangan SBP, sbpi gombak terkenal dengan nama panggilan INTEGOMB yang bermaksud Integrasi Gombak. Mempunyai 243 orang pelajar perempuan dan 247 orang pelajar lelaki serta 70 orang guru yang membanting tulang mendidik anak bangsa di SBPI Gombak.
Pentadbiran sekolah ini diterajui oleh Pn.Wan Saberina bt Wan Musa yang baru mula berkhidmat beberapa bulan yang lalu. Jawatan Guru Penolong Kanan pula disandang oleh Encik Ahmad Rezazali bin Ahmad Ansar manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dijawat oleh Puan Maimunah binti Ismail dan jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum pula disandang oleh Puan Fazilah binti Ibrahim.
Visi :
ke arah kegemilangan insan yang sempurna dan bertakwa menjelang tahun 2010
Misi :
berusaha untuk mencapai kecermelangan kurikulum dan kokurikulum melalui sistem perancangan, perlaksanaan, pemantauan, dan penilaian yang sistematik dan mantap, dalam usaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Lagu Sekolah :
putera puteri berganding bahu bersama menuntut ilmu
menuju arah satu di persada ilmu
kalangan cekal bersasiah terpuji
benar, tepat dan efektif
kekuatan minda dijana nadi penggerak jaya
sbpi gombak cemerlang geraknya terancang
optimis capai impian bertatah gemilang
DI PERSADA ILMU
lagu berikut adalah lagu SBPI Gombak yang bertajuk DI PERSADA ILMU yang sering dinyanyikan pelajar sekolah ini pada setiap kali perhimpunan pagi.
Moto Sekolah :
BENAR. TEPAT. EFEKTIF