1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

UBK integomb

Falsafah Unit Bimbingan dan Kaunseling :
bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek , jasmani emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh .

Visi : 
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasan yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2012 .

Misi : 
untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan visi berikut dilaksanakan dengan jayanya ;
  • menguruskan pengurusan dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan 
  • melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia 
  • membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik 
  • mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melaui program bimbingan dan kaunseling 
  • memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar 
  • memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar 
dalam unit bimbingan dan kaunseling terdapat 3 orang guru yang setia berkhidmat sebagai kaunselor sepenuh masa iaitu :


En . Mohamad Fuad bin Abd Wahab 
Puan Norizan

Puan Ros Afifah

Objektif perkhidmatan kaunseling :
  • mengenal dan memahami diri sendiri tentang kebolehan dan potensi diri 
  • membimbing anda dari segi emosi,peribadi,akademik dan kerjaya
  • berfikir secara rasional dalam mebuat keputusan yang bijak terhadap keputusan yang dihadapi 
  • menguasai teknik belajar yang efektif dan sistematik
  • merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan diri 
  • lebih berkeyakinan dalam pemikiran dan tindakan 
  • individu yang lebih 'accountable' dan bahagia dalam segala urusan pencapaian 
guru-guru kaunseling SBPI Gombak memberi bimbingan dan perkhidmatan dalam sesi kaunseling dari segi :
PERIBADI DAN EMOSI
PEMILIHAN KERJAYA
MENIKMATI KEHARMONIAN KELUARGA
MENINGKATKAN KECERMELANGAN AKADEMIK
MEMBUAT PERANCANGAN MASA HADAPAN