1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

JANUARI 2014

Bermula lah tirai persekolahan bagi sesi 2014. Jadi segala program dan aktiviti telah pun dirancang oleh pentadbir dan guru guru Integomb.

Program pertama yang dijalankan pada tahun ini yang dikendalikan oleh unit bimbingan dan kaunseling ialah program Mentor Mentee. Program ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan para guru dengan pelajar sbpi gombak. dirasmikan oleh pengetua Puan Rohanim pada 6/1/2014. seterusnya perjumpaan kali pertama mentor bersama mentee telah diadakan pada 11/1/2014. semoga program mentor mentee ini membuahkan hasil dan dapat menjana ukhwah yang mantap bagi mengekalkan kecemerlangan Integomb.

Program seterusnya yang dikendalikan Unit Bimbingan dan kaunseling ialah Minggu Orientasi TingkatanSatu. Seramai  orang murid tingkatan satu telah mendaftarkan diri ke integomb. Tahniah diucapkan. 
Sepanjang minggu orientasi ini pelbagai aktiviti dijalankan untuk mengisi minggu minggu awal bagi pelajar tingkatan 1 untuk membiasakan diri mereka di Integomb. Alhamdulillah kuantiti pelajar yang mengalami 'homesick' berjaya dikurangkan hari demi hari. antara gambar sepanjang minggu orientasi tingkatan 1 


Wardrobe Management
 Aktiviti Mahligaiku teratak Ilmu

 Aktiviti bersama pelajar tingkatan 2


 persembahan malam kiambang bertaut

Dengan berakhirnya Persembahan Malam Kiambang Bertaut oleh pelajar tingkatan 1 itu maka berakhirlah minggu orientasi bagi pelajar tingkatan 1.

Seterusnya, pada 27/1/2014 Pelancaran Program Jati Diri telah dijalankan. program ini adalah satu aktiviti wajib yang diarahkan oleh Bahagian Pengurusan SBP untuk SBP seluruh negara. 4 aspek telah diketengahkan dalam pelancaran iaitu ketahan diri, kemantapan kerohanian, budi bahasa budaya kita dan personaliti diri. Hadirin juga telah dihidangkan dengan persembahan daripada team drama sekolah. 

Watikah Perlantikan PRS Sesi 2013/2014

Pada 20 Julai 2013, Unit Bimbingaan Dan Kaunseling SBPI Gombak telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang baru bagi sesi 2013/2014. Pada hari ini juga, peralihan kuasa yang sebelum ini diketuai oleh Irdeena Zuhdi telah diserahkan kepada pemimpin PRS yang baru iaitu Muhammad Rafiq Haikal. Seramai 40 orang PRS baru telah dilantik. Semoga dengan pemberian amanah dan jawatan ini dapat memajukan badan unit bimbingan dan kauseling sebagai badan utama di SBPI Gombak. 


Akhir kata, 
MAJULAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA UNTUK SBPI GOMBAK 

form 1 baru & orientasi :)

pada 4 hb Januari 2012 , pelajar tingkatan satu telah masuk ke integomb . 
seperti biasa , program orientasi telah dijalankan dengan dibantu oleh pembimbing rakan sebaya  tingkatan 2 , 3 , 4 dan 5 .
tujuan orientasi ini adalah untuk megeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar tingkatan satu .
dan kali ini , tempat tujuan yang kami lawati ialah , MUZIUM NEGARA , PETROSAINS , MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK dan MASJID NEGARA :D


















itu sahajalah gambar buat santapan mata anda semua . semoga mereka akan ENJOY apabila berada di SBPI GOMBAK :D

REHAT MINDA TINGKATAN 5,2010

ini salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan Kaunseling untuk calon-calon SPM ..
REHAT MINDA..
aktiviti ini kebiasaannya akan dijalankan beberapa minggu sebelum tarikh peperiksaan..
tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada para calon untuk berehat 
sekaligus menghilang gemuruh di dada agar tidak stress..:)
selalunya,kami akan menjalankan program ini di tempat-tempat seperti tepi tasik 
dan taman rekreasi..
kali ini,tempat pilihan kami ialah TAMAN TASIK TITIWANGSA..!


tak lupa juga kepada guru-guru yang sentiasa menyokong kami dan sanggup mengorbankan masa bersama keluarga hanya untuk memastikan pelajar mereka bergembira..:)


sampai ke destinasi yang dituju,mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti LDK seperti yang dirancang..


Cikgu Fuad juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan kata-kata semangat sebelum 
semua aktiviti bermula..


pelbagai aktiviti yang dijalankan sehingga macam-macam gelagat yang mereka tonjolkan..:)




program ini berakhir dengan jayanya walaupun hanya sehari..
yang pasti,para calon SPM ini dapat menghabiskan hari mereka dengan gembira
dan sedikit sebanyak dapat melupakan segala beban dan masalh yang menyusung
di dada mereka..

insyaAllah,doa kami dari pihak UBK agar calon SPM dapat
buat yang terbaik untuk peperiksaan yang mendatang dan mengharumkan nama
sekolah di persada antarabangsa..:)

DINNER PRS at RUMPUN SELERA

Setiap tahun,kami akan mengadakan jamuan akhir tahun yang
 sememangnya dikendalikan oleh PRS tingkatan 4 dan turut dibantu PRS tingkatan 2..
Objektif utama jamuan ini diadakan adalah untuk meraikan para PRS khususnya PRS tingkatan 5 yang 
telah banyak berbakti kepada unit kami..:)

Dan pada tahun lepas, tahun 2010, julung-julung kalinya jamuan ini diadakan di Restoran Rumpun Selera 
yang terletak berhampiran Stadium Selayang.. :D

Jom kita tengok apa yang berlaku di sana..:))


jeng jeng jeng..
ini lah ketua dan penolong PRS kami 2010..


hmm,sedap nya makanan kat sini..
macam-macam ada!!!:D
kata orang tengok makanan pon dah rase kenyang ..
haha,bukan lelaki je yang begini,perempuan nya juga lebih kurang je,,:)


waktu makan,kami disajikan dengan beberapa persembahan daripada wakil PRS
yang berwibawa..:)
Antaranya deklamasi sajak,nyanyian dan multimedia..


sesungguhnya,malam itu berakhir dengan satu kepuasan kerana kami berjaya mencapai
objektif kami setelah PRS  tingkatan 5 tersenyum gembira dalam majlis yang
telah kami rancangkan..



Alhamdulillah,segalanya berjalan seperti yang dirancangkan..
kami harap tahun-tahun yang bakal mendatang,jamuan seperti ini akan dijalankan
dengan lebih baik lagi..~
InsyaAllah..:D

sehari bersama .....

beberapa hari yang lalu kami telah menerima jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1 iaitu pelajat tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan besar tidak lama saja lagi..

sebenarnye,kami sering menerima kehadiran banyak sekolah untuk dijadikan contoh bagi memajukan sekolah masing-masing..
kedatangan  mereka disambut meriah dengan kehadiran 60 orang pelajar tahun 6 dan 3 orang guru pengiring..


keceriaan terpancar pada wajah mereka..
hal ini kerana permulaan hari mereka di Integomb diserikan dengan beberapa aktiviti yang pastinya mnghiburkan seperti Pinguin, Ice Breaking dan Konsentrasi yang banyak menguji kepekaan mereka..

kemudiaan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2 atau 3 orang fasilitator..
fasilitator pula merupakan Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4..


selepas tamat aktiviti di dalam dewan,kami sempat membawa calon UPSR ini ke sekitar Integomb untuk melihat suasana persekitaran di bumi Integomb ini..

kami membawa mereka melihat kawasan perpustakaan,blok akademik,bilik guru,asrama dan tidak lupa juga bilik kaunseling sekolah..




banyak pengalaman yang dapat kami kongsikan bersama walaupun hanya seketika..
kenangan ini pasti tidak akan kami lupakan hingga ke akhirnya..:)

doa kami agar adik-adik dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi..
insyaAllah,kalau dimurahkan rezeki,kalau ada diantara adik-adik yang berjaya masuk sekolah kami ini tahun depan,kami akan cuba yang terbaik untuk mentadbir sekolah ini..:DD