1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

sehari bersama .....

beberapa hari yang lalu kami telah menerima jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1 iaitu pelajat tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan besar tidak lama saja lagi..

sebenarnye,kami sering menerima kehadiran banyak sekolah untuk dijadikan contoh bagi memajukan sekolah masing-masing..
kedatangan  mereka disambut meriah dengan kehadiran 60 orang pelajar tahun 6 dan 3 orang guru pengiring..


keceriaan terpancar pada wajah mereka..
hal ini kerana permulaan hari mereka di Integomb diserikan dengan beberapa aktiviti yang pastinya mnghiburkan seperti Pinguin, Ice Breaking dan Konsentrasi yang banyak menguji kepekaan mereka..

kemudiaan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2 atau 3 orang fasilitator..
fasilitator pula merupakan Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4..


selepas tamat aktiviti di dalam dewan,kami sempat membawa calon UPSR ini ke sekitar Integomb untuk melihat suasana persekitaran di bumi Integomb ini..

kami membawa mereka melihat kawasan perpustakaan,blok akademik,bilik guru,asrama dan tidak lupa juga bilik kaunseling sekolah..




banyak pengalaman yang dapat kami kongsikan bersama walaupun hanya seketika..
kenangan ini pasti tidak akan kami lupakan hingga ke akhirnya..:)

doa kami agar adik-adik dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi..
insyaAllah,kalau dimurahkan rezeki,kalau ada diantara adik-adik yang berjaya masuk sekolah kami ini tahun depan,kami akan cuba yang terbaik untuk mentadbir sekolah ini..:DD

No comments:

Post a Comment