1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

6 CARA MENGGEMBIRAKAN HATIMU

Bagaimana mahu menikmati keseronokan dalam hidup? Agar sentiasa ceria dan dikagumi???
Soalan seperti ini sering bermain difikiran kita. Bukan semua orang 'happy go lucky' atau melalui hari-hari yang bermakna.
Problem, tension, keliru membuatkan golongan remaja menjadi NAKAL dan cuba membuat sesuatu yang diluar jangkaan bagi melepaskan tekanan dan mencari kebebasan dengan cara yang tersendiri.


Namun ada 6 aturan untuk menikmati hidup ini dengan penuh keceriaan...
1) jangan MEMBENCI
jangan pernah sesekali membenci seseorang tidak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, cikgu, bos, ataupun pensyarah. Perasaan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlassan kamu.Benci ibarat API DALAM SEKAM yang mampu membawa kepada PERGADUHAN.


2) jangan BIMBANG
perasaan bimbang hanya akan membawa kepada perasaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan itu dan....DONT WORRY BE HAPPY!!!


3) hidup secara SEDERHANA
kesederhanaan kunci kepada KESEMPURNAAN.  Biarpun hidup tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna, dan tidak popular, tetapi sekurang-kurangnya kita masih mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang terpenting. Pilihlah hidup yang sederhana kerana sesungguhnya masih ramai di luar sana yang lagi menderita dan lebih sengsara.


4) jangan terlalu MENGHARAP
kadang-kadang pengharapan itu suatu yang mengecewakan. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tetapi ia lebih bermakna. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dan yang terbaik yang tidak mungkin kamu miliki.


5) banyakkan memBERI
ini adalah terapi terbaik untuk membersihakan minda dan jiwa. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerma. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihad ke jalan Allah.


6) perlu ada KAWAN RAPAT
Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling memahami, menghormati, menasihati dan bersifat terbuka serta positif. KAWAN BUKAN LAWAN! Pilihlah kawan yang sudi berkongsi kesedihan ketika kita sedang berduka,memapah tangan tatkala kita terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu menghabiskan waktu terluang bersama-sama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, iaitun insan yang dikenali sebagai 'GOOD FRIEND'.

No comments:

Post a Comment