1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

KERJAYA PILIHAN


PEREKA AUTOMOTIF 

Mungkinkah suatu hari nanti akan wujud kereta berbentuk serangga atau beruang comel dan hanya dipandu menggunakan daya fikiran tanpa perlu memegang stereng? Bunyinya seakan mustahil tetapi dengan adanya pereka automotif yang menggabungkan kepakaran seni dan sains, impian itu mampu diterjemahkan menjadi realiti. 
 
Pereka Automotif ini merupakan orang yang bertanggungjawab melukis dan mengilhamkan ciptaan model kenderaan melalui gambaran 3D. Profesion ini melibatkan pembangunan keadaan luaran dan sehingga kepada argonomik kenderaan bermotor.
Pereka automotif biasanya adalah mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang seni dan ijazah dalam rekaan industri atau rekaan pengangkutan.
 
TUGASAN UTAMA
  •  berbincang tentang konsep kenderaan yang akan dihasilkan dengan kakitangan yang lain.
  • mempersembahkan lukisan tangan model kereta
  • menghasilkan lukisan dalam warna.
  • menghasilkan lukisan 3D.
  • membuat model sebenar kereta berskala kecil
PERONALITI SESUAI
Seorang pereka automotif mesti mempunyai minat dan mencintai bidang ini.Mereka mesti mempunyai daya visual yang kreatif dan mampu melukis dengan baik. Memandangkan ini satu bidang yang kompetitif, seseorang itu seharusnya mampu bekerja dalam tekanan dan menghadapi kritikan. Kesabaran ialah satu sifat yang penting kerana satu-satu rekaan akan menagmbil masa yang lama untuk direalisasikan. 
KELAYAKAN AKADEMIK 
Ijazah dalam rekaan automotif adalah langkah pertama dalam industri ini. Namun, ada juga yang mendapatkan ijazah dalam bidang kejuruteraan automotif dahulu sebelum mengambil jurusan rekaan. 
ANGGARAN PENDAPATAN
  • Graduan : RM1900-RM2500
  • Pengalaman >5 tahun : RM3000-RM4000
  • Pengalaman >10 : > RM6000
  


 
 

No comments:

Post a Comment