1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

ciri-ciri sahabat sejati... :D

sahabat...
seorang insan yang sentiasa berada di sisi kita selain keluarga tercinta..
pastinya kita sangat memerlukan sahabat dalam kehidupan terutamanya mereka yang tinggal di asrama,
kerana kehidupan seharian mereka hanya dihabiskan bersama-sama rakan di asrama..

selain itu,sahabat juga akan sentiasa menyokong kita saat susah dan senang..
jadi,dalam memilih sahabat sejati juga mestilah dalam kalangan yang terbaik agar persahabatan tidak
berhenti di tengah jalan sahaja...

di sini,kami ada sertakan serba sedikit ciri-ciri sahabat sejati yang boleh anda lihat untuk menilai sahabat
 sejati anda..

1) SAHABAT YANG MENDENGARKAN

Ketika kita bercerita,sahabat akan memberikan respon yang baik dan tidak akan mengabaikan 
kita.

2 ) SAHABAT TIDAK MENGHAKIMI

Tidak peduli apa yang telah anda lakukan,sahabat dapat mengungkapkan perasaaan merekaatau menawarkan perspektif mereka,tetapi mereka tidak berusaha untuk membuat semua jenis penilaian.

3 ) SAHABAT TIDAK MERUGIKAN ANDA

Mereka tidak akan merimaskan anda atau berteriak pada anda. Mereka tidak suka melawan,mereka lebih suka berdiskusi dan bekerja melalui isu-isu dan situasi sulit.
Sahabat tidak perlu mengongkong sesama sendiri.

4 ) SAHABAT MENERIMA ANDA SEADANYA

Mereka tidak akan mencuba membuat anda menjadi seperti apa yang mereka inginkan,malah mereka hanya menerima anda seadanya. Tidak kira anda lambat atau selalu membuat sahabat terluka,tetapi sahabat akan selalu menasihati anda dan bukan meninggalkan anda begitu sahaja. Sahabat akan berusaha menjadikan anda insan yang terbaik agar persahabatan kekal ke akhirnya.

5 ) SAHABAT MENIKMATI SATU SAMA LAIN

Ketika anda bersama seorang sahabat sejati.waktu pasti akan berlalu dengan cepat.
Anda akan bercerita,tertawa dan berbagi pengalaman..
Sahabat merupakan seorang yang akan menjadi pilihan anda jika anda inginkan teman untuk berbual atau meluahkan perasaan kerana anda akan lebih selesa bersama mereka dan tidak akan membosankan..

setelah membaca ciri-ciri di atas ini,pastinya anda dapat menilai betapa pentingnya seorang sahabat dalam hidup ini..
post ini sekadar renungan bersama kerana remaja kini sering di landa masalah kawan di sekolah..
di harap,pihak kami sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mengalami masalah dari pemilihan sahabat terbaik..

* renung-renungkan dan selamat beramal..!! :D



No comments:

Post a Comment