1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

Berfikiran positif

Ramai menyatakan berfikiran positif merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Dalam satu lembaran ada menyatakan berfikiran positif merupakan satu ciri mukmin sejati. 


1.Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki. Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi kita dapat melakukannya.”Dia mengkedepankan berita gembira daripada berita buruk.


2.Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea
Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat kita perlukan.Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.
3.Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran NegatifMemelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing. Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini, maka tidak sama sekali akan menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran negatif yang bersarang di hati.
Oleh hal yang demikian apalah salahnya sekiranya kita sentiasa berfikiran positif agar orang sekeliling kita tidak terganggu emosi, jiwa dan raganya. semoga kita peroleh kebahagiaan hidup serta kejayaan berpanjangan.

Energizer - break wall

JANUARI 2014

Bermula lah tirai persekolahan bagi sesi 2014. Jadi segala program dan aktiviti telah pun dirancang oleh pentadbir dan guru guru Integomb.

Program pertama yang dijalankan pada tahun ini yang dikendalikan oleh unit bimbingan dan kaunseling ialah program Mentor Mentee. Program ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan para guru dengan pelajar sbpi gombak. dirasmikan oleh pengetua Puan Rohanim pada 6/1/2014. seterusnya perjumpaan kali pertama mentor bersama mentee telah diadakan pada 11/1/2014. semoga program mentor mentee ini membuahkan hasil dan dapat menjana ukhwah yang mantap bagi mengekalkan kecemerlangan Integomb.

Program seterusnya yang dikendalikan Unit Bimbingan dan kaunseling ialah Minggu Orientasi TingkatanSatu. Seramai  orang murid tingkatan satu telah mendaftarkan diri ke integomb. Tahniah diucapkan. 
Sepanjang minggu orientasi ini pelbagai aktiviti dijalankan untuk mengisi minggu minggu awal bagi pelajar tingkatan 1 untuk membiasakan diri mereka di Integomb. Alhamdulillah kuantiti pelajar yang mengalami 'homesick' berjaya dikurangkan hari demi hari. antara gambar sepanjang minggu orientasi tingkatan 1 


Wardrobe Management
 Aktiviti Mahligaiku teratak Ilmu

 Aktiviti bersama pelajar tingkatan 2


 persembahan malam kiambang bertaut

Dengan berakhirnya Persembahan Malam Kiambang Bertaut oleh pelajar tingkatan 1 itu maka berakhirlah minggu orientasi bagi pelajar tingkatan 1.

Seterusnya, pada 27/1/2014 Pelancaran Program Jati Diri telah dijalankan. program ini adalah satu aktiviti wajib yang diarahkan oleh Bahagian Pengurusan SBP untuk SBP seluruh negara. 4 aspek telah diketengahkan dalam pelancaran iaitu ketahan diri, kemantapan kerohanian, budi bahasa budaya kita dan personaliti diri. Hadirin juga telah dihidangkan dengan persembahan daripada team drama sekolah. 

Mari belajar ENERGIZER


Assalamualaikum ! Mari belajar break bagi siapa siapa yang masih tak dapat catch up lagi. Supaya taakdelah nanti terkebil - kebil bila nak buat energizer. 

Selamat Mencuba,

Watikah Perlantikan PRS Sesi 2013/2014

Pada 20 Julai 2013, Unit Bimbingaan Dan Kaunseling SBPI Gombak telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang baru bagi sesi 2013/2014. Pada hari ini juga, peralihan kuasa yang sebelum ini diketuai oleh Irdeena Zuhdi telah diserahkan kepada pemimpin PRS yang baru iaitu Muhammad Rafiq Haikal. Seramai 40 orang PRS baru telah dilantik. Semoga dengan pemberian amanah dan jawatan ini dapat memajukan badan unit bimbingan dan kauseling sebagai badan utama di SBPI Gombak. 


Akhir kata, 
MAJULAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA UNTUK SBPI GOMBAK 

nafas berbau ???




geli mendengar tajuk post ini ?? 
tapi, pada hakikatnya ramai yang tidak menyedari masalah nafas ini ada pada mereka. 
mulut digunakan untuk berkomunikasi hampir pada setiap masa. 
pernah mengalami situasi di mana apabila orang sedang bercakap dengan anda, kemudian apabila anda membuka mulut mereka seakan terkesima dan terpana ? 
jika pernah, buka mata anda seluas-luasnya dan buka minda anda untuk menerima pendedahan ini.
entry kali ini, kami akan mengupas serba sedikit tentang 

punca-punca berlakunya masalah nafas berbau..



1)  bakteria 




Bakteria antara punca utama bau nafas. Menurut pakar pergigian, bakteria mulut, anaerobic, punca utama masalah.
Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan. :)
Walaupun cepat membiak, bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Jadi, ia sering bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas, VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.

2) mulut kering

Air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun, pengeluaran air liur yang berkurangan ketika tidur, menyebabkan mulut kering dan nafas berbau setiap pagi. Bagaimanapun, jika mulut kering pada waktu siang, ia petanda ada penyakit atau kesan sampingan kandungan dadah di dalam ubat anda.


3) titisan ubat hidung


Lendir mudah terbentuk kesan penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung. Lendir ini terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik rongga bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengurang atau mengatasi masalah nafas berbau.


4) diet



Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur meningkat. Jika berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan bau nafas.


5)  pengeluaran hormon


Biasanya wanita akan menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ini bukan sahaja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik.


6) jenis makanan 


Makan jangan sebarang makan kerana sesetengah jenis makanan menyebabkan nafas berbau. Antaranya, makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.


hmm,jika melihat punca-punca di atas ini,pastinya anda akan merasa sedikit gentar kan..??
tapi,anda jangan risau,setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..
tarrraaa!! :D


tips mengatasi masalah nafas berbau..~




1 ) gunakan alat khas untuk mencuci lidah terutama bahagian bawah lidah bagi membersihkan sisa makanan dan cecair yang terkumpul dan membantu pembiakan bakteria anaerobik.


2 )  anda boleh menggunakan belakang camca plastik untuk membersihkan lidah.




 3 ) Di Barat, pakar pergigian giat berkempen untuk menggalakkan masyarakat menjadikan amalan menggosok lidah sama seperti menggosok gigi.




4 ) Lakukan sesuatu yang boleh menggalakkan pengaliran air liur juga boleh mengatasi masalah ini. Misalnya, mengunyah buah-buahan rangup seperti epal dapat ‘menggosok’ lidah atau minum air kosong untuk membersih sisa makanan dan mengusir bakteria anaerobik.


5 ) Anda juga boleh berkumur dengan cecair khas pencuci mulut yang mengandungi klorin dioksida kerana ia berkesan membunuh/mengawal pembiakan bakteria. Akan tetapi, pastikan gigi dan lidah anda dicuci bersih sebelum berkumur dengan cecair ini.


6 ) Jika masalah ini masih tidak boleh diatasi, dapatkan rawatan pakar. Doktor akan memastikan tahap masalah anda dan menentukan jenis rawatan sesuai. Seandainya anda ragu-ragu membeli ubat atau bahan pencuci mulut, rujuk pakar atau pembantu farmasi.


Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Usah rosakkan hubungan sosial anda kerana bau nafas... :)
Selamat mencuba!!