Ramai menyatakan berfikiran positif merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Dalam satu lembaran ada menyatakan berfikiran positif merupakan satu ciri mukmin sejati.
1.Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki. Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi kita dapat melakukannya.”Dia mengkedepankan berita gembira daripada berita buruk.
2.Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea
Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat kita perlukan.Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.
3.Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran NegatifMemelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing. Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini, maka tidak sama sekali akan menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran negatif yang bersarang di hati.
Oleh hal yang demikian apalah salahnya sekiranya kita sentiasa berfikiran positif agar orang sekeliling kita tidak terganggu emosi, jiwa dan raganya. semoga kita peroleh kebahagiaan hidup serta kejayaan berpanjangan.
No comments:
Post a Comment