1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

mari ke sekolah !




salam satu malaysia kepada semua yang setia mengikuti blog ini :) 
untuk entri kali ini, integombguideyou akan menceritakan tentang salah satu program yang telah dijalankan di SBPI Gombak dengan kerjasama antara unit bimbingan dan kaunseling dan multimedia universiti anjuran university peer group. program yang telah melibatkan mahasiswa multimedia universiti ini sebagai fasilitator telah dijalankan pada 5-6 mac 2011dan telah disertai oleh semua pelajar tingkatan 4 sekolah ini seramai 183 orang. untuk program kali ini, pihak MMU dan unit bimbingan dan kaunseling telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik tetapi mempunyai mesej yang cukup bermakna untuk disampaikan. seperti biasa program ini dimulakan dengan pembahagian fasilitator dan kemudiannya aktiviti ice breaking dilakukan mengikut kumpulan.


kemudian beberapa aktiviti telah diadakan bagi menguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajar. setiap kumpulan dikehendaki mereka sebuah benda yang boleh melayangkan telur dengan selamat ke tanah dari tingkat 3 blok sekolah . perlbagai idea telah cuba dicurahkan oleh para pelajar dan hasil yang ditunjukkan memuaskan. 


aktiviti yang dijalankan seterusnya menguji kemahiran para peserta untuk bekerjasama dalam kumpulan. para peserta dikehendaki duduk sambil melunjurkan kaki mereka dalam bentuk sebuah bulatan. kemudian mereka perlu berdiri tanpa menggunakan tangan seorang demi seorang. rakan-rakan yang lain perlu membantu peserta yang ingin berdiri. 



aktiviti berikutnya menguji kemahiran para peserta untuk berinteraksi. setiap kumpulan diberi satu nama superhero. contoh superman,ironwoman dan sebagainya. kemudian para peserta perlu meyakinkan para fasilitator mengapa superhero mereka patut mendapat modal 10 juta daripada phak kerajaan. aktiviti ini berjaya menaikkan minat para pelajar untuk berinteraksi dalam bahasa inggeris.



akhir sekali acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh penolong kanan hal ehwal murid , pn hjh aini bt mad jadi. setiap kumpulan sama ada yang menang mahupun yang kalah. 


sebelum program ini tamat, setiap kumpulan diberi peluang untuk bergambar bersama fasilitator kumpulan masing-masing. 



diharap program ini dapat dijalankan sekali lagi di SBPI Gombak. objektif program ini untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang dunia luar dan meningkatkan keberanian para peserta telah pun berjaya dicapai. 




No comments:

Post a Comment