1 sekolah 1 blog ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sbpi gombak

jatuh,bangun,jatuh,bangun kembali :D

pernahkan anda rasa seperti dunia ini sangat kejam ? 
sangat tidak adil dan tak pernah menyebelahi anda ? 
pernahkah anda rasa seperti usaha anda selama ini tak pernah berbaloi ? 
apa yang anda lakukan semua nya salah . 
anda keliru dengan hidup sendiri. seperti anda tidak pernah puas dengan hidup anda. 
seprti hidup anda tak pernah ada perkara yang bermakna untuk diri anda . 
anda merasakan bahawa malang dan bala sering mengekori anda,
pernah ? pernah ?? pernah ???
perkara NORMAL di dalam hidup ini. 
jika anda merasakan anda sering gagal.
bukalah minda anda. cuba fahami analogi ini.
"seorang kanak-kanak sedang bermain basikal. pada mulanya langsung tidak reti bermain. tapi, setelah ditunjuk ajar oleh abangnya, boleh mengayuh. kanak-kanak tersebut cuba bermain dengan sendiri pada hari pertama. boleh mengayuh, basikal bergerak, tapi terhuyung-hayang. mungkin tak cukup stabil fikir kanak-kanak itu. hari kedua kanak-kanak tersebut sedaya upaya menstabilkan dirinya ketika berbasikal. namun, dia terjatuh pula ketika melalui selekoh. mungkin kali ni, dia berfikir dia belum cukup mahir berbasikal. tak reti melalui selekoh. dan hari yang berikutnya banyak lagi kesalahan yang dilakukan. calar balar tangan kanak-kanak tersebut. namun, TIDAK PERNAH dia berputus asa. 
hasilnya ? berbasikal satu perkara yang menjadi perkara kepakarannya."
kerana apa ? kerana kanak-kanak tersebut berfikir apa yang menyebabkan dia jatuh setiap kali berbasikal.
sama juga dengan kehidupan kita di alam remaja ni kawan2. 
jika anda merasakan anda sering gagal dan salah. cuba lihat kegagalan dan kesalahan itu dari angle yang BERBEZA. lihat KENAPA anda gagal. setiap kegagalan, cuba analisa kesilapan anda. di akhir nanti ketika anda menemukan kejayaan anda akan merasakan satu kepuasan yang teramat !! 
give space to make mistakes and LEARN from it ! 
anda remaja malaysia yang kuat,kental,gagah,dan perkasa !! 
yakin pada DIRI SENDIRI .
kami yang belum opernah mengenali anda ni pun percaya yang anda boleh, mengapa tak anda ??
kenapa kami percaya ?
kerana kami juga pernah mengalami situasi yang sama. mungkin, kami juga sedang berada dalam situasi tersebut. jadi, bangkit lah TEMAN ! 
apabila anda jatuh, fikirkan cara untuk berdiri semula, tak kira samada susah cara tersebut atau senang. 
oke ! untuk menaikkan semangat anda ! kami sediakan sebuah lagu untuk anda.
TODAY MY LIFE BEGINS. 
taaaaaapiii ! perlulah anda ke entry seterusnya untuk menghayati lirik dan lagu tersebut.
trimasss ! :)

No comments:

Post a Comment